Tuesday, January 22, 2013

Masalah jadi orang Obesity

Malaysia antara negara yg paling banyak rakyatnya obesiti . Obesiti huhu .. aku pun pernah jugak jadi obes atau kegemukan , mungkin masa darjah 3 tak silap nafsu makan makin meningkat , so masa form 1 berat badan mencecah 80 kg dan tinggi tak ingat masa tuh BMI cakap over weight + ada masalah dekat jantung kalau tak silap hoho masa check up dkt sekolah .

  Jika dah tau anda obesiti so macam-macam penyakit boleh datang . Banyak aktiviti yang tak boleh dibuat . susah . Kadang-kadang kita jeles tengok rakan-rakan lain boleh main itu main ini . Budak gemuk jugak selalu kena bahan dengan member-member , malu , tiada keyakinan diri . 

   Obesiti nih sebab masalah permakanan dan tidak bersukan , makan mau bersukan tak nak , makan macam nak angkat kayu balak , tapi tidur atas katil ? Apa fuction kita makan. Sekurang-kurangnya jogging ka , main bola , bersukan  indoor boleh haaa . Dimana ada kemahuan disitu ada jalan . Jangan hangat-hangat tahi ayam ja sehari ja buat . Kalau nak sihat kena lakukan secara consistance baru berkesan :) . Jangan hiraukan apa yang orang kata ignore ja , orang macam tuh tak boleh pakai punya orang .